Wednesday, 19 August 2015

Rahsia Berubah 100% Bagi seseorang manusia.


Manusia tiada yang sempurna. Kita sering kali terbuat silap, kemudian menyesal atas tindakan kita. Namun, disebabkan kelalaian, kita kembali membuat kesilapan tersebut, kemudian menyesal kembali. Begitulah putaran hidup kita.

Ada kalanya, terlintas dihati mahu berubah. Tetapi diri tidak kuat. Diri sering kali tewas dalam proses perubahan tersebut. Berbagai cara telah dilakukan, namun hasilnya sia-sia.Sering kali kita kecewa disebabkan perubahan tersebut tidak mampu dicapai.

Mungkin, dahulu kita seorang kaki maksiat, mungkin dahulu kita seorang yang lemah semangat, mungkin dahulu kita seorang fasik atau sebagainya. Namun, itu semua bukan penghalang untuk kita berubah. Percayalah pada Tuhan. Semua penyakit/masalah-masalah hidup ada ubatnya, ada penawarnya. Hanya mati sahaja yang tiada ubat/penawarnya.


Salah satu rahsia untuk berubah adalah dengan mengenal pasti THREAT dan PROTECTER.
Apa itu threat dan protecter?

THREAT -- Adalah perkara-perkara negatif yang mendorong diri kita untuk berperilaku negatif dan merupakan suatu halangan untuk seseorang itu berjaya.

PROTECTER -- Adalah perkara-perkara positif yang boleh kita gunakan sebagai pelindung bagi menghadapi dan mengatasi threat.

Untuk menjadi manusia yang kuat dalam menghadapi dugaan hidup, kita perlulah mengenal pasti threat dan bagaimana ia mempengaruhi hidup kita. Kemudian, senaraikan possible protecter yang boleh digunakan untuk menangani threat tersebut.

Contoh-contoh THREAT:

1. Syaitan: -Seringkali hasut untuk membuat kejahatan/maksiat.
                  -Menimbulkan keraguan.
2. Hati/Nafsu -- Hasut untuk membuat kejahatan/maksiat
                       -- Menghalang diri untuk berubah (malas).
                       -- Malu bertegur/menyapa.
                       -- Makan berlebihan.
3. Kawan (Orang dikenali) -- Memandang rendah diri.
                                            -- Buli
                                            -- Memulaukan
4. Kawan (Orang Tak Dikenali) -- Bersangka buruk
                                                    -- Menunjukkan negative altitude
                                                    -- Memandang rendah diri.
5. Laptop/Smartphone/Televisyen -- Menyiarkan pornografi
                                                       -- Hiburan terlampau menyebabkan kelalaian
                                                       -- Membuang masa
6. Tandas -- Mendorong membuat maksiat
                 -- Membuang masa
7. Rupa Paras -- Menyebabkan diri merendah diri
                       -- Hilang fokus
8. Komuniti    -- Tiada pendirian/ilmu --> Menghasilkan masalah.
                       -- Berilmu --> Dipulaukan/Tiada teman berbual.
9. Ayah (Optional) -- Menunjukaan contoh tidak baik
                               -- Negative altitude.

Contoh-contoh PROTECTER:

1. Pelihara Pandangan -- Dari memandang pornografi
2. Ilmu -- Digunakan semasa berinteraksi dengan manusia. Lumrah dunia, manusia memerlukan ilmu untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Jesteru, tujuan utama interaksi antara manusia adalah untuk menyebarkan ilmu. Kejahilan seseorang dalam menyediakan keperluan ini, menyebabkan orang lain memberontak. Ini yang menyebabkan berlakunya kejadian buli, pandang rendah, pemulauan, negative altitude dan sebagainya. Oleh itu, siapkan lah diri dengan ilmu secukupnya. Utamakan perkongsian berilmiah/ilmu sewaktu berinteraksi dengan manusia, Dengan memenuhi keperluan ini, kita seharusnya tidak perlu risau kerana segala keperluan orang lain telah kita penuhi.
3. Al-Quran -- Untuk mengisi masa lapang
                    -- Melatih lidah berkomunikasi dengan baik
4. Puasa -- Menundukkan nafsu
5. Solat diawal waktu -- Menjauhi sifat munafik
6. Istifar/Hauqalah -- Membersihkan jiwa
                               -- Mengisi masa lapang
                               -- Mengigati tuhan
                               -- Membersihkan diri dari segala keraguan/kebimbangan terhadap sesuatu perkara (pandangan negative orang lain/pornografi/godaan syaitan dan sebagainya)
7. Mak/Kakak (Any trusted people) -- Minta nasihat dalam menghadapi sesuatu masalah
                                                          -- Minta mendoakan
8. Workout -- Exercise di gym untuk mengatasi masalah rupa paras
9. Skill        -- Ketawa.
                    -- Berbual.
                    -- Menilai baik buruk.
                    -- Bernafas menggunakan perut.
                    -- Yakin diri.

Selepas mengenal pasti threat dan protecter, lakarkan ia diatas kertas. Tulis segala huraian yang diperlukan. Pastikan baca dan pahami nota tersebut sehingga anda mengigatinya. Apply prinsip ini dalam kehidupan anda. Dan selamat menjalani hari-hari bahagia tanpa masalah.

Contoh lakaran.









Sila share jika anda rasa thread ini berguna. :)